Aku sekarang sedang menjalani latihan industri aka LI or industrial training di Advanced Materials Research Centre(AMREC),SIRIM, Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Nah,ambik kau. Siap nama penuh aku bagi. Bila bosan-bosan takde kerja atau saja-saja buat macam takde kerja, mula la teringat zaman kanak-kanak.
Kalau bosan-bosan camni mula la aku nak angkut geng satu kampung ajak main. Budak-budak perempuan biasa la, memang tak dapat dipisahkan dengan permainan pondok-pondok. Lelaki pun tak terkecuali. Ada je laki yang suka join budak perempuan main pondok-pondok. Suka or kena paksa join? Ampa pun mesti penah main jugak kan. Haaaa,jangan nak tipu cakap tak pernah. Ingat cool sangat la bila ang cakap ''ewww..pondok-pondok??I mana layan permainan macam tu. I main cium-cium kucing parsi je". Mau aku picit-picit hidung ang sampai keluar hingus pekat hijau.
Orang kampung macam aku ni mna la nak ada kucing parsi bagai ni. Yang aku tau, curik barang-barang kat dapur rumah masuk kotak. Angkut periuk, pinggang, mangkuk, pisau, lesung batu then roger geng. Selalunya port kami tak jauh. Belakang rumah aku paling jauh pun. Kat situ ada pokok rambutan rendang. Aku tak pasti sape yang tanam. Arwah datuk aku mungkin. Hahh,kat sini la misi kami bermula. Masing-masing muka tak boleh blah excited nak main. Kami bahagi tugas and peranan masing-masing. Tapi yang pasti aku wajib dapat peranan 'mak'. Muka aku ni tua macam makcik-makcik or matang macam makcik-makcik?Aku konpius. Paling tak syok 'mak' asyik kena masak. Yang jadi anak and ayah syok je duk goyang kaki sambil main buai.cesss...
Aku dulu mana mampu nak beli permainan pondok-pondok yang canggih-canggih yang ada jual kat supermarket. Sekadar kutip daun buat sayur, kutip batu buat ayam, kutip kayu buat ikan, korek pasir buat nasi. tapi siyes syok oooo..rasa macam betul-betul masak. Siap hidang and then jemput anak-anak and ayah yang suka goyang kaki makan sekali. Rasa macam nak lempang je. Dah la tak tolong. Bila panggil makan cepat je. Padahal bukan makan betul-betul pun (-_-). Pastu konon-konon dah kenyang, rancang aktiviti riadah plak. Selalunya aktiviti paling mencabar kami buat pi tangkap ikan kat tali air sebab kawan aku sorang ni suka tangkap ikan.
Tapi..satgi tak sempat nak nampak muka ikan, nampak muka ayah aku dulu.
"Balikkk..ma suruh cari lesung batu dia hilang".
sudahhhhh...peluh sujuk mula menitik.jem.