Tuesday, June 7, 2011

selamat pengantin baru!

Musim cuti sekolah ni ramai yang kalut nak kawen. Pakat nak ambik kesempatan atas cuti sekolah. Konon-kononya orang ada masa tuk pi kenduri masa cuti sekolah. Padahal budak-budak sekolah and cikgu-cikgi je yang cuti. Tu pun ada extra class lagi tuk budak darjah 6 and form 5. Konpius tul.

Cuti sekolah kali ni aku ada jugak dapat undangan kawan-kawan kawen. Tapi aku tak dapat pi sebab aku bukan budak sekolah ataupun cikgu. AKU TAK CUTI. So kat sini aku nak mohon maaf kat korang sebab tak dapat datang meriahkan majlis korang (walaupun korang tak baca pun blog aku). Tanpa aku, majlis korang tetap meriah.hahaha.

TAHNIAH!!!!!!!

1>Hamizul and Kak Ina

Hamizul aka miju ni sepupu aku. Dia kawen ngan orang Perak. Tapi isteri dia lecturer kat Sarawak ke Sabah ntah, aku lupa. Harap kalian berdua dapat mengharungi alam perkahwinan jarak jauh. Cepat-cepat dapat anak yer!

2>Juan and isteri
Juan ni adik kepada Hamizul. Depa ni naik pelamin sama-sama. Untung Ayah So aku. Dapat dua menantu sekaligus. Tapi aku tak pernah jumpa lagi ngan bini dia. Raya nanti kita jumpa eh. Moga jadi somi mithali.

3>Ahmad Fayyiz and Azira
Fayyiz aka Eg telah pecahkan tradisi bujang kelas kami. Depa ni dah kapel lama. Sejak sekolah menengah. Akhirnya Eg yang aku rasa orang yang paling benci time sekolah dulu dah selamat jadi somi orang. Pahni jangan duk wat perangai budak-budak lagi Eg oi. Jaga Jiera molek-molek!

4>Tuan Fariza and Suami.

Fariza aka Ja ni memang aku tak caya dia dah jadi bini orang. Masa zaman sekolah dulu dia lah yang paling pendiam. Aku rasa dia dulu anti lelaki. Tapi Ja ni baik. Alhamdulillah dia dah selamat jadi isteri orang. Moga Ja akan jadi isteri solehah. Amin.

5>Rosnani and Suami

Rosnani aka nani ni kawan aku masa sekolah rendah. Nani dulu memang terer bab-bab nyanyi and nasyid. Suara dia aku rasa Siti pun leh kalah.hahaha. Lama aku tak dengar berita Nani. Sepi tanpa berita. Tup tup, aku dgr dia dah nak kawen. Moga berbahagia dengan somi tercinta.

**pic juan and eg tak dapat dikenalpasti :D

Monday, June 6, 2011

oh,i miss u!

Sekarang ni musim demam. Kalau sebelum ni demam AF, sekarang demam maharaja lawak pulak. setiap penjuru aku pi, mesti depa duk sembang pasal mail lambung la, fakhrul la. Aku tak bape nak ambik port sangat memandangkan kat rumah sewa aku sekarang takde tv. Hanya mampu tengok dinding yang putih gebu :'(

Lagi dua bulan aku 'harus' mengadap dinding putih rumah sewa kat Kulim Utama ni semata-mata tuk dapat title 'LULUS' for industrial training. Kat sini tak macam kat kampung aku. Environment jauh giler giler berbeza dari kampung aku. Taman ni bukan men lagi luas. Macam padang jarak padang terkukur dah aku tengok. Tapi sunyi sepi. Orang-orang kat sini kebanyakannya bekerja. Siang pi keja, malam baru balik. Esok pi keja lagi. Mana sempat nak jenguk jiran tetangga.

Aku tak biasa ngan keadaan macam ni. Kalau kat kampung suma orang mcm busybody. Geng mak-mak sibuk gosip sambil makan pisang goreng. Kadang-kadang aku pun terjoin sekali.

Mak aku: hang tau tak Melah, anak Timah nak kawen dengan pelot.

Mak hang: pelot??apa kerojaan tu Peah oii??

Mak aku: alahh..yang drebar kapal terobang tu lah.

Mak hang: ooo..pilot.lol.

Geng bapak-bapak pulak tak mau kalah. Order kopi secawan, sembang sampai empat lima jam. Mana tak bengang tauke warung tu.

Bapak aku: hang baca paper hari ni?harga gula naik lagi.

Bapak hang: laaa..iya ka?kalau macam tu jom la balik.

Bapak aku: awat nak balik tiba-tiba ni?

Bapak hang: balik tanam tebu.

Bapak aku: lol.

Busybody diaorang tu lah sebenarnya yang wat suasana kampung jadi meriah. Yang paling aku suka sekali time kenduri. Boleh kata satu kampung mai gotong-royong memasak, pasang khemah, buat bunga telur and tak lupa jugak sembelih lembu. Tak payah nak membazir catering bagai. Kerja yang susah pun jadi senang.


Aku rindu suasana kampung. Petang-petang mesti ada budak-budak main kat tepi tali air. Tangkap ikan, kayuh basikal, main layang-layang. Jiran-jiran kat kampung jauh lebih peramah dan prihatin. Dapat jugak la aku merasa cucur jagung and bubur kacang jiran sebelah. Tu yang paling aku rindu sebenarnya.hahaha.



**mood rindu nak balik kampung tahap gaban.huk huk hukk :'(

#gambar----->cilok from google image.

Tuesday, May 31, 2011

main pondok-pondok

Aku sekarang sedang menjalani latihan industri aka LI or industrial training di Advanced Materials Research Centre(AMREC),SIRIM, Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Nah,ambik kau. Siap nama penuh aku bagi. Bila bosan-bosan takde kerja atau saja-saja buat macam takde kerja, mula la teringat zaman kanak-kanak.

Kalau bosan-bosan camni mula la aku nak angkut geng satu kampung ajak main. Budak-budak perempuan biasa la, memang tak dapat dipisahkan dengan permainan pondok-pondok. Lelaki pun tak terkecuali. Ada je laki yang suka join budak perempuan main pondok-pondok. Suka or kena paksa join? Ampa pun mesti penah main jugak kan. Haaaa,jangan nak tipu cakap tak pernah. Ingat cool sangat la bila ang cakap ''ewww..pondok-pondok??I mana layan permainan macam tu. I main cium-cium kucing parsi je". Mau aku picit-picit hidung ang sampai keluar hingus pekat hijau.


Orang kampung macam aku ni mna la nak ada kucing parsi bagai ni. Yang aku tau, curik barang-barang kat dapur rumah masuk kotak. Angkut periuk, pinggang, mangkuk, pisau, lesung batu then roger geng. Selalunya port kami tak jauh. Belakang rumah aku paling jauh pun. Kat situ ada pokok rambutan rendang. Aku tak pasti sape yang tanam. Arwah datuk aku mungkin. Hahh,kat sini la misi kami bermula. Masing-masing muka tak boleh blah excited nak main. Kami bahagi tugas and peranan masing-masing. Tapi yang pasti aku wajib dapat peranan 'mak'. Muka aku ni tua macam makcik-makcik or matang macam makcik-makcik?Aku konpius. Paling tak syok 'mak' asyik kena masak. Yang jadi anak and ayah syok je duk goyang kaki sambil main buai.cesss...

Aku dulu mana mampu nak beli permainan pondok-pondok yang canggih-canggih yang ada jual kat supermarket. Sekadar kutip daun buat sayur, kutip batu buat ayam, kutip kayu buat ikan, korek pasir buat nasi. tapi siyes syok oooo..rasa macam betul-betul masak. Siap hidang and then jemput anak-anak and ayah yang suka goyang kaki makan sekali. Rasa macam nak lempang je. Dah la tak tolong. Bila panggil makan cepat je. Padahal bukan makan betul-betul pun (-_-). Pastu konon-konon dah kenyang, rancang aktiviti riadah plak. Selalunya aktiviti paling mencabar kami buat pi tangkap ikan kat tali air sebab kawan aku sorang ni suka tangkap ikan.

Tapi..satgi tak sempat nak nampak muka ikan, nampak muka ayah aku dulu.

"Balikkk..ma suruh cari lesung batu dia hilang".

sudahhhhh...peluh sujuk mula menitik.jem.

Wednesday, May 25, 2011

nama

Ampa ingat lagi tak zaman prasekolah aka tadika or whatever yang sma waktu dengannya?first time jejak kaki kt sekolah mesti kena mak teman. Siap pimpin tangan. Tak boleh blah woo..bagi yang brjiwa kental skit macam aku tak perlu mak ayah hantar masuk kelas. Takat hantar depan pintu pagar ckup. Slamber je jalan dengan muka berlagak ala-ala orang first menuju ke garisan penamat fear factor. Kat kelas,toksah citer. Macam-macam ragam. Ada yang meraung macam nak kena inject, ada yang bisu macam orang bisu, ada yang over excited.

Aku cool je beb. Usha budak sebelah.

''Weh..nama ang sapa?."

''Dol..lah." sora ketaq-ketaq. Macam la aku nak ngorat ang.

Tu la ayat pertama aku masa masuk prasekolah. Nama tu penting satgi aku duk panggil 'woi','hoi' tak pasai-pasai kena tibai. Tapi ampa perasaan tak kalau zaman dulu-dulu nama mau skema habis.zainal, aminah, ahmad, daud, esah.sekarang ada lagi dak nama camtu? Kebanyakan mak bapak tak lena tidur duk fikir nama paling canggih and latest untuk bakal anak depa. Sedangkan bini diaorang baru hamil 2 bulan. Lagi menarik yang pulun duk beli buku-buku '100 nama menarik','1000 nama anak','10000 nama untuk bakal bayi anda'. Diaorang mana nak layan dah nama dollah,minah,mamat . Kuno. Tapi apa yang ampa dapat bayangkan jika situasi ni terjadi kat hospital,klinik or mana-mana tempat yang ada panggil nama giliran.


Situasi 1:

"En. Dollah,sila masuk ke bilik 101".

Orang tua brtongkat bangun and then jalan menuju ke bilik 101.

Situasi 2:

"En. Roy Daniel,sila masuk ke bilik 101".

Orang tua brtongkat bangun and then jalan menuju ke bilik 101.

**Apa yang ampa dapat bayangkan??